Karya sastera sebagai tapak ingatan sosial. Mengingati yang lalu pada masa kini sebagai
peringatan pada masa depan melalui novel Mail Mau Kawin, Batas Langit dan Atas
Nama Cinta.
“Maria meninggalkan Nadra di Malaya,
tetapi dia tahu orang-orang yang dikasihinya di Malaya tidak akan dapat hidup
bersama Nadra lagi, kerana Nadra kini hanya sebuah bayangan. Nadra kini hanya sebuah cerita manis yang
tiba-tiba diberhentikan. Siapakah yang sanggup menceritakannya kembali kepada
semua?”
(ANC,
ms 257)
Ingatan mempunyai peranan dalam kehidupan kita sama ada ingatan peribadi
mahupun ingatan bersama kita sebagai
sebuah kumpulan masyarakat. Ia
memberi ruang untuk kita kembali ke masa lalu dengan mengingati kembali sesuatu
yang pernah berlaku dan berlalu. Namun, ingatan bukanlah hanya sekadar
ingatan. Ia memenuhi keperluan masa kini
dengan melalui proses mencapai dan membentuk bahan-bahan yang didapati pada
masa lalu (Ritterhouse: 2003). Ia juga
menjadi jambatan penghubung antara masa kini dan lalu. Ingatan sosial atau ingatan yang dikongsi
bersama sesebuah kelompok masyarakat atau sesuatu bangsa itu dapat membentuk
jati diri masyarakat itu melalui satu proses penakrifan yang berterusan sejarah
mereka.
No comments:
Post a Comment