skip to main | skip to sidebar
Jurnal Temasek

Friday, September 18, 2015

Melihat Alam melalui Mata & Hati Abdul Ghani Hamid

Apabila kita membicarakan karya-karya Abdul Ghani Hamid, kita tidak dapat menafikan betapa prihatinnya  beliau dengan alam sekitarnya  dan perubahan-perubahan yang berlaku di sekelilingnya.  Mungkin atas dasar inilah beliau banyak menulis dan merakamkan puisi-puisi yang berkisar pada alam sekitar dan juga tentang tempat-tempat yang mempunyai kesan terhadap  beliau.

Menurut Mohamed Latiff Mohamed (2011), Abdul Ghani Hamid merupakan seorang pencinta alam yang lembut, tenang dan penyabar dan beliau menjadikan alam sebagai contoh “betapa kaya dan indah alam ciptaan Tuhan.  Antaranya puisi yang menyampaikan perutusan  sebegini ialah,

Alam Ini Kami Punya

 Kami cinta alam ini
pada puspa mekar di puncak tinggi
atau semut melata di bumi
dalam lukisan kami.
 Merasa indah semuanya
dalam seribu kejadian bercerita
dari wajah jelita manis
hingga si pincang hamis.
 Alam yang engkau dan kami punya
pada karya kami disua
berhimpun rasa dan suara
kami melukis kerana cinta.
 Alam ini kami punya
untuk manusia fahamkan cinta.
(1965)

Pertama kali diterbitkan di BiblioAsia Volum 8 Issue 1 hlm 45-46 

Melihat Alam melalui Mata & Hati Abdul Ghani Hamid Volume 8 Issue 1, May 2012 hlm 45-46
Posted by Jim Wau Fa at 12:57 AM

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Archive

  • ►  2008 (1)
    • ►  October (1)
  • ▼  2015 (7)
    • ▼  September (7)
      • Travelog Melayu
      • Melihat Alam melalui Mata & Hati Abdul Ghani Hamid
      • Sastera Melayu Singapura Pasca 1965
      • Sumbangsih MAS: A Muhammad Ariff Ahmad Exhibition
      • Masuri S.N. (1927-2005)
      • Karya Sastera sebagai Tapak Ingatan Sosial
      • Pantun: Sumber Rujukan Sosiobudaya Masyarakat Melayu
  • ►  2016 (1)
    • ►  April (1)

Jurnal Digital

  • Koleksi Melayu Perpustakaan Negara Singapura
  • Jurnal e-Utama
  • Manuskrip Melayu

Jentera Carian

  • Pusat Dokumentasi Melayu DBP

Followers