skip to main | skip to sidebar
Jurnal Temasek

Friday, September 18, 2015

Sastera Melayu Singapura Pasca 1965

Singapura pernah menjadi pusat perkembangan sastera Melayu moden. Singapura telah dapat memainkan peranan ini dengan berkesan kerana ia juga berfungsi sebagai sebuah pusat penerbitan dan percetakan dan secara tak langsung telah dapat menarik bakat-bakat dari seluruh rantau ini yang bercita-cita untuk mengembangkan dan meluaskan peluang penulisan mereka.

Gelombang kesusasteraan Melayu menjadi begitu terkesan terutama dengan tertubuhnya Angkatan Sasterawan ’50 (ASAS ’50) pada 6 Ogos 1950 yang dianggotai oleh para penulis muda ketika itu seperti Masuri S.N., Muhammad Ariff Ahmad, Keris Mas dan Asraf dan memainkan peranan sebagai pemacu sebuah gerakan sastera di rantau ini.


Namun, ramai yang beranggapan bahawa dunia kesusasteraan Melayu Singapura seakan-akan mengalami kelesuan selepas tahun 1965, iaitu tahun Singapura berpisah dengan Malaysia dan menjadi sebuah negara merdeka.  Dengan terjadinya perpisahan ini, ramailah para penulis Melayu seperti Usman Awang dan Keris Mas yang “berhijrah ke Singapura kembali ke kampung halaman mereka masing-masing” dan “dengan sendirinya pusat perkembangan sastera Melayu berpindah dengan pulangnya para penulis Melayu yang berasal dari Tanah Melayu ke tanahairnya” (A. R. Kemalawati: 1984).

Pertama kali diterbitkan di BiblioAsia Volume 6 Issue 4, Jan 2011 hlm 32-34

Posted by Jim Wau Fa at 1:22 AM

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Archive

  • ►  2008 (1)
    • ►  October (1)
  • ▼  2015 (7)
    • ▼  September (7)
      • Travelog Melayu
      • Melihat Alam melalui Mata & Hati Abdul Ghani Hamid
      • Sastera Melayu Singapura Pasca 1965
      • Sumbangsih MAS: A Muhammad Ariff Ahmad Exhibition
      • Masuri S.N. (1927-2005)
      • Karya Sastera sebagai Tapak Ingatan Sosial
      • Pantun: Sumber Rujukan Sosiobudaya Masyarakat Melayu
  • ►  2016 (1)
    • ►  April (1)

Jurnal Digital

  • Koleksi Melayu Perpustakaan Negara Singapura
  • Jurnal e-Utama
  • Manuskrip Melayu

Jentera Carian

  • Pusat Dokumentasi Melayu DBP

Followers